Sunday, March 24, 2019

MAJLIS KONVOKESYEN KE 12

Berlangsung pada 4 September 2018 bersamaan 23 Zulhijjah 1439H dengan tema Memperkasakan TVET ke arah Revolusi Industri 4.0. Pemilihan tema ini, sejajar dengan Teras Strategik ke-5 di dalam Pelan Strategik Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) 2018-2025 iaitu memantapkan perkongsian industri dan komuniti.

Melalui tema 'Memperkasakan TVET Ke Arah Revolusi Industri 4.0' besar harapan PMS untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran dalam mentransformasikan ekonomi negara di samping mentransformasikan ekonomi negara di samping berfungsi menutup jurang kemahiran yang dihadapi khususnya oleh industri. Justeru itu, kerjasama strategik antara industri dengan institusi TVET dapat dipertingkatkan dan dipergiatkan secara mampan dalam merealisasikan aspirasi kerajaan untuk memartabatkan TVET ke arah Revolusi Industri 4.0.

No comments:

Post a Comment